Wednesday, 12 June 2013

MARI TANAM BUNGA!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA.....
Semalam kita dah jalan-jalan cari bunga..Nampaknya di PAPN kita kurang je pokok bunga....
Hari ini kita nak buat aktiviti apa ye? Apa kata kita tanam pokok bunga? Kawan-kawan kita dah ada yang bawakan pokok bunga...Masing-masing nak tanam bunga di PAPN...Apa tunggu lagi...Cepat ambil topi dan pakai kasut........

Cikgu Siti tanya Zaraa.. "Zaraa, ni bunga apa?"
"Jom kita tanam bunga siantan ni sama-sama...."
Azri pun nak tanam bunga siantan kuning
Azri dan Ashraff kambuskan lubang selepas meletak pokok
Syahmir bawa bunga raya......
Wafiy tolong Syahmir tanam bunga raya ye
Senyuman Alif, Azri dan Wafiy macam bunga matahari
Adik Mia Farisah juga nak tolong tanam!
"Ehhh...Berat juga tanah ni yek!"
Haziq tanam bunga putih..katanya namanya bunga 'putih-putih melati"...hehe
Laiqa bawa bunga balung lembu....ehhh...balung ayam lah Laiqa.....
Adik-adik dua tahun pun bersemangat nak tolong tanam bunga
Rezza tanam bunga ape tu?
Hehehehe......lambat nak penuh ye?
Zaraa tanam pokok dalam pasu
Reza nak tolong cikgu!
Wana dan Zaraa tolong sama-sama angkat ke pagola kita
Wah..macam berat je Rezza......

Tadaaaaa!! Inilah hasilnya.....Moga hidup subur bunga-bunga!
Haaa...siapa kata kanak-kanak tak boleh tanam pokok?? Kawan-kawan di PAPN Parit Guntong sangat gembira sebab dapat pengalaman baru hari ini.....Lepas ni boleh tolong ayah dan ibi tanam bunga di rumah pula ye....Haaaa...dah tanam pokok tu jangan lupa...Kena rajin-rajin siram ye kawan-kawan...Moga bersua lagi..... Salam ukhwah!


No comments:

Post a Comment