ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa di Malaysia. Kawan-kawan tahu tak, Hari Bapa disambut pada 16 Jun setiap tahun. Rakan-rakan kita di PAPN PARIT GUNTONG juga tidak ketinggalan meraikan hari bapa untuk mengenang dan menghargai jasa-jasa bapa-bapa mereka...mula-mula mereka buatkan hadiah khas untuk bapa mereka. Mari kita lihat apa yang kawan-kawan kita ni buat ye.
|
cantiknya gambar ayah Zaraa dan Syahmir |
|
Laiqa dan wafiy juga |
|
Eh2...siapa ni? Kenapa gambar ayahnya terbalik? |
|
Azri dan Aziq warna cantik2 untuk bagi kat ayah nanti |
Haaaaa...kawan-kawan kita telah warnakan gambar buah epal dan ulat tu dan tampalkan gambar ayah mereka. Haziq cakap "Ayah kite jadi ulat..hiiii..." Jangan marah ayah.....
Sempena meraikan jasa para bapa warga PAPN PARIT GUNTONG telah mengadakan 1 program yang menarik untuk MENARIK bapa-bapa ke PAPN. Program tersebut dinamakan "GUBAHAN KASIH HIASAN SAYANG" Wah menarik bunyinya program ini. Apa yang digubah? Apa pula yang dihias tu?
kalau kawan-kawan nak tahu, program ini merupakan pertandingan antara ibu-ibu dan bapa-bapa dimana ibu-ibu dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diminta membuat gubahan buah tembikai. Manakala bapa-bapa juga dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diminta menghias kek? Boleh tak agaknya mereka ni buat ye? Mari sama-sama kita lihat hasilnya.....
|
Keceriaan para ibu manggubah buah tembikai.... |
|
Kreatif dan penuh berbakat ibu-ibu kita. Apa yang penting? Kerjasama!!! |
|
Jeng3......Inilah hasilnya....Meriah kan.... |
|
Keratif dan berbakat ibu-ibu kita ni.... |
|
Sungguh bersemangat ayah-ayah menghias kek. Dah tak sempat toleh kiri kanan ye. |
|
Tak sabar nak melihat hasilnya. Mesti sedap kan kek yang dihias oleh ayah-ayah ni... |
|
Hasil kerja tangan seorang yang bergelar "AYAH" |
|
Wah...Sungguh menyelerakan!! |
|
Terima kasih kepada ibu bapa yang terlibat |
|
Wajah ceria mereka... |
|
Pemenang 'GUBAHAN KASIH" |
|
Pemenang "HIASAN SAYANG" |
|
Pendidik PAPN PARIT GUNTONG |
|
SELAMAT HARI BAPA!! |
Macam mana kawan-kawan? Meriah tak program kami? Walaupun hanya mendapat hadiah yang kecil, tapi apa yang lebih bermakna adalah kerjasama dan semangat yang mereka tunjukkan. Terima kasih kami ucapkan. InsyaAllah berkat kerjasama dan sokongan penuh ibu bapa, program seperti ini boleh diadakan pada tahun hadapan. PAPN Parit Guntong boleh!!!